Mobile | Text size Subscribe to RSSFeeds Subscribe to RSSComments
Issue #11: The Corruption Issue

Kegagalan Sistem Pendidikan Malaysia Dari Segi Bahasa.

Page: 1 2 3 4 5 View as single page

Oleh Ahmad Hafidz Baharom

Memang jarang untuk ditemukan seorang berfahaman politik kanan dari mana-mana bangsapun untuk mengaku yang sistem pendidikan kita telah gagal dalam aspek menyatukan warga Malaysia sendiri. Malah, untuk menghasilkan graduan - graduan pendidikan tahap tertiari yang boleh dikatakan “world class.”

Sedihnya, kegagalan ini berpunca daripada beberapa pihak. Pihak - pihak yang terlibat termasuklah ibubapa, kementerian pendidikan itu sendiri, individu tersebut, malah media massa sendiri juga bersalah dalam menyebabkan kegagalan ini.

Dari pihak ibubapa, jelas tertera daripada statistik pendaftaran para pelajar di sekolah-sekolah kebangsaan, biarpun peringkat rendah mahupun menengah. Jikalau dilihat daripada statistik dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, jelas sekali yang bilangan pelajar bukan Bumiputera di sekolah-sekolah kebangsaan, yang sepatutnya sesuai untuk pelajar berbilang kaum, telah diabaikan. Pihak ibubapa ini lebih suka anak-anak mereka dihantar ke sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, atau lebih dikenali sebagai sekolah-sekolah venakular.

Perbezaan paling ketara antara sekolah kebangsaan nasional dan sekolah vernakular ialah medium atau bahasa yang digunakan untuk mendidik para pelajar. Jelas maklum sekolah kebangsaan nasional menggunakan Bahasa Malaysia, manakala sekolah vokasional menggunakan Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil untuk mendidik anak-anak muda di sekolah masing-masing. Perbuatan ini secara tidak langsung telah merosakkan objektif kerajaan untuk menggunakan sistem pendidikan negara untuk mengeratkan persaudaraan di antara pelbagai kaum di Malaysia ini.

Page : 1 2 3 4 5 View as a single page

People who read this also read

  1. Sistem Pendidikan di Malaysia - Punca Masalah Perkauman?
  2. Bangsa Malaysia Melalui Sistem Pendidikan
  3. Pemerkasaan Minda
  4. Kebudayaan dan Kebebalan
  5. Bebaskan Pilihanraya Kampus

Comments

2 Responses to “Kegagalan Sistem Pendidikan Malaysia Dari Segi Bahasa.”

  1. Jarod on November 25th, 2008 12:26 pm

    Bahasa tidak gagal, yang gagal adalah sekolah-sekolah yang mana ianya tidak memberi cabaran kepada pelajar-pelajar. Saya masih ingat bila saya belajar di SRJK CINA, saya mempunyai banyak kerja rumah untuk dihabiskan. Malah, jika saya tidak menghabiskan, denda akan menunggu saya. Jikalau saya tidak silap, Sekolah Kebangsaan tidak mempunyai banyak kerja rumah dan sangat relaks bila belajar di SK.

    Inilah keunikan SRJK yang membuat para-para ibubapa menghantar anak-anak mereka ke SRJK. Mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka, bukan kerana bahasa malaysia yang menjadi halangan kepada anak mereka. (Saya bincang dari segi SRJK Cina, tidak termasuk Sekolah RJK Tamil kerana saya tidak pernah belajar di sana.)

    Untuk mereka yang belajar dalam Bidang Pendidikan BAHASA, mereka pasti pernah dengar tentang bahawa bagi seseorang untuk menguasai sesuatu Bahasa, mereka harus mula dari usia yang muda. Jika mereka tidak mula, maka ia akan menjadi kesusahan bagi mereka dalam menguasai bahasa pada usia yang tua.

    Tengoklah keadaan sekeliling kita. Anda memulakan hidup anda bersama keluarga anda. Anda bertutur dalam BM, saya bertutur dalam bahasa cina dengan keluarga saya. Permulaan saya atau kebiasaan saya ialah bertutur dalam bahasa ibunda. Adakah anda akan belajar bertutur Bahasa Cina dengan keluarga anda? Tidak, kecuali jika salah seseorang di kalangan keluarga anda tahu bahasa itu. Permulaan pada masa muda itu yang menjadi titik permulaan anda dalam menguasai sesuatu bahasa. Tetapi, seseorang itu masih boleh belajar menguasai bahasa yang dia hendak jika dia inginkan.

    Ambil contoh wanita yang ditangkap imigresen itu. Dia hanya menghabiskan pendidikan rendah sahaja. Masa itu dia masih muda. Ia tidak akan terlintas dalam fikiran anak-anak muda yang BM adalah penting. Ibubapa memainkan peranan penting dalam pembinaan hidup seseorang anak. (Jika orang yang disebut itu adalah perkara yang berlaku baru-baru ini, wanita itu sebenarnya telah ditahan selama 11 bulan. Boleh baca di http://www.tenaganita.net/index.php?option=com_content&task=view&id=229&Itemid=68
    )

    Bahasa Malaysia tidak diabaikan di Uni-uni dan syarikat awam, BM yang diuji di tahap SPM telah digunakan untuk menentukan tahap kefasihan para-para pelajar di sekolah dan mereka dikehendaki memasuki kursus yang khususnya untuk mereka yang lemah di Uni.

    Titik permulaan adalah penting. Namun, banyak yang boleh diperbaharui dan pendidikan boleh membawa setiap kaum bersatu di Malaysia.

    Perubahan harus mula dari hati.

  2. Delima on March 20th, 2009 11:00 am

    Pada pendapat saya, Bahasa Melayu(BM) amat penting. Hal ini kerana sebagai rakyat Malaysia tidak kiralah anda berasal dari kaum Cina, India atau Melayu perlu memartabatkan bahasa kebangsaan. Nama lagi bahasa kebangsaan, bahasa negara, jadi harus dan mesti setiap orang mempelajari dan memahami bahasa negara tersebut.
    Tidak salah jika kerajaan hendak matapelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris tetapi harus diingat data menunjukkan bahawa pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris tidak berjaya. Kita tidak seharusnya berfikran sempit dengan menjadikan bahasa kita tidak berkualiti dan diragui kualitinya. lihat saja Bahasa Jepun, orang Jepun hanya menggunakan bahasa sendiri dalam kehidupan dan juga dalam pendidikan. malah tidak mengagungkan Bahasa Inggeris. Namun, dalam masa yang sama, mereka tetap mempelajarinya bukan mengabaikan terus. baiklah, jika kita melihat kepada satu teori, iaitu Teori Relevan yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson pada tahun 1986, teori tersebut menekankan tentang kos memproses. di sini kos memproses boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. harus diingat jika kita tidak memahami sesuatu ujaran, kos memproses adalah tinggi. oleh itu ujaran tersebut tidak relevan dan tidak sampai maksud yang hendak disampaikan. Jadi, supaya pembelajaran lebih berkesan dan maksud yang hendak disampaikan oleh guru difahami oleh murid, elok sekiranya kita menggunakan bahasa yang tidak memerlukan kos memproses yang tinggi iaitu bahasa Melayu yang difahami oleh semua orang. Di sini saya ingin menegaskan supaya jadikanlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dimiliki oleh semua kaum. Barulah negara boleh bersatu.

To submit a letter in response to a Project Malaysia article for publication by the journal, you may send an e-mail to contact@projectmalaysia.org or
Fill out our Web Comments form below