Mobile | Text size Subscribe to RSSFeeds Subscribe to RSSComments
Issue #11: The Corruption Issue

Kebudayaan dan Kebebalan

Page: 1 2 3 4 5 View as single page

Oleh Al-Mustaqeem M Radhi

Pesanan kepada pembaca: Maksud bagi penggunaan kata ‘bebal’ di sini sebahagiannya merujuk kepada perbincangan tentang ‘bebalisme’ oleh Almarhum Profesor Syed Husein Alatas dalam ‘Intelektual Masyarakat Membangun.’

Rupanya, orang-orang yang serius pun dapat menghasilkan jenaka kalau mereka gopoh. Setelah hubungan antara kaum di Malaysia semakin tegang dengan peristiwa 13 Mei 1969, orang-orang serius yang berniat baik, khususnya cendekiawan dan budayawan tanahair, berkumpul dalam sebuah kongres kebudayaan. Hasil debat dan bincang mereka di sana membawa pula kepada wujudnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang, bagi saya, merupakan antara produksi jenaka terhebat dan termahal dalam sejarah Malaysia moden. Kalau kewujudan ini diberitakan kepada para seniman dan budayawan luar negara, saya percaya, nescaya mereka akan tercengang dan ketawa. Malahan istilah “Kebudayaan Kebangsaan” itu sendiri, wallahi, sampai sekarang masih membengongkan banyak bangsa di negara kita sendiri. Ahli antropologi terkemuka Clifford Geertz mengira dalam Mirror for Man (karya Clyde Kluckhohn) sahaja terdapat sebelas takrif bagi kebudayaan. Memang Clifford kemudian sampai kepada konsep kebudayaan yang didukung beliau sendiri, tetapi konsep itu pun, menurutnya, pada hakikatnya adalah sebuah konsep semiotik, dan analisis ke atas konsep tersebut “tidak merupakan sebuah ilmu eksperimental untuk mencari hukum, melainkan sebuah ilmu yang bersifat interpretatif untuk mencari makna.” Bagi saya, tidaklah kerja menggariskan kebijakan bagi sesebuah negara itu dapat dianggap sebagai pencarian makna.

Page : 1 2 3 4 5 View as a single page

People who read this also read

  1. Sistem Pendidikan di Malaysia - Punca Masalah Perkauman?
  2. Bangsa Malaysia Melalui Sistem Pendidikan
  3. Kegagalan Sistem Pendidikan Malaysia Dari Segi Bahasa.
  4. Pemerkasaan Minda
  5. Bebaskan Pilihanraya Kampus

Comments

To submit a letter in response to a Project Malaysia article for publication by the journal, you may send an e-mail to contact@projectmalaysia.org or
Fill out our Web Comments form below